VTEM Banners
VTEM Banners

Kompilasi Kisah Masalah Pembelajaran

RM 23.40
RM 26.00
(Discount: -10.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-215-3
Back to: Education
Buku ini adalah kompilasi kisah yang pernah dimuatkan di blog penulis iaitu norzilazakaria.blogspot.com. Ia menghimpunkan pendapat penulis tentang sistem pendidikan di Malaysia terutamanya berkaitan pendidikan pelajar berkeperluan khas dan pendidikan inklusif. Penulis juga berkongsi tentang kisah pelajar-pelajar yang pernah menjadi klien beliau serta kajian yang telah beliau jalankan untuk menangani permasalahan pelajar-pelajar ini secara holistik. Penulis menekankan pendekatan holistik iaitu tentang penyiasatan sosial yang menjadi kekuatan dan punca kejayaan menangani kes pelajar-pelajar yang dirujukkan ke klinik psikiatri. Ia dapat membuka minda para guru, ibu bapa dan masyarakat tentang isu pembelajaran yang kelihatan remeh tetapi memberi impak yang besar kepada pelajar yang mengalaminya. Mereka perlu dibantu dari semua sudut untuk terus berjaya dalam kemahiran yang mereka ada. Buku ini menghimpun pengalaman peribadi penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia kesihatan mental dan pendidikan anak-anak berkeperluan khas di Malaysia. Buku ini diolah dalam bahasa yang mudah difahami. Ia sesuai dijadikan bacaan santai untuk ibu bapa dan guru-guru di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah, juga bakal-bakal guru yang sedang belajar di universiti dan institusi pendidikan guru sebagai pendedahan awal kepada pelbagai masalah pembelajaran. Ia juga sesuai untuk para doktor yang bertugas di fasiliti kesihatan kerana mereka mungkin bertemu dengan pelajar-pelajar yang mengalami masalah pembelajaran.
Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu PrasekolahKompilasi Komunikasi Dengan Anak-Anak
Top

Facebook

Twitter

YouTube