VTEM Banners
VTEM Banners

Pre Order: Jerai Geopark Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi (Hardcover)

RM 57.00
RM 75.00
(Discount: -24.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-368-6
Back to: History / Humanities
ESTIMATED DELIVERY DATE: END OF DECEMBER

JERAI GEOPARK: WARISAN GEOLOGI, GEOARKEOLOGI DAN BIOLOGI


Gunung Jerai dan kawasan sekitarnya yang berkeluasan 816 km persegi telah diisytihar

 sebagai Geopark Kebangsaan pada Julai 2017 dengan nama Jerai Geopark. Maka,

buku ini mengetengahkan keunikan dan keistimewaan warisan yang terdapat di Jerai

Geopark yang mewakili warisan geologi, geoarkeologi, biologi dan budaya. Warisan

geologi di Jerai Geopark mendedahkan bukti geologi tertua negara (Formasi Jerai) sama

seperti yang terdapat di Langkawi Geopark (Formasi Machinchang) yang berusia sekitar

550 juta tahun dahulu. Bukti batuan Formasi Jerai ini bersama batuan Formasi Mahang

(berusia sekitar 400 juta tahun dahulu), yang kemudiannya diterobos oleh granit Jerai

pada 220 juta tahun dahulu, bersama landskapnya juga dapat dilihat melalui 24 geotapak

dan 7 geotrail yang disenaraikan. Warisan geoarkeologi Jerai Geopark pula

mendedahkan tamadun Kedah Tua yang bermula sejak 582 Sebelum Masihi. Buku ini

menceritakan hubung kait penting antara masyarakat tamadun awal dengan landskap

 geologi Jerai. Warisan biologinya pula diwakili oleh Hutan Bakau Merbok dan Hutan

 Tropika Gunung Jerai. Kehidupan manusia sejak kurun ke-6 Sebelum Masihi telah

meninggalkan pelbagai seni dan budaya tradisi yang unik di Jerai Geopark. Oleh itu, judul

ini ditulis berdasarkan sumber bertulis dan laporan kerja lapangan dan merupakan

hasil kajian ilmiah pertama tentang Jerai Geopark. Kekuatan isi dalam buku ini terletak

 pada kesahihan sumber yang digunakan serta dilengkapi rajah dan jadual bagi

memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku

ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam bidang geopark dan pelancongan.
Politik Suara RakyatPre Order: Jerai Geopark Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi (Softcover)
Top

Facebook

Twitter

YouTube