VTEM Banners

Komposit Polimer Pemprosesan dan Aplikasi

RM 22.50
RM 25.00
(Discount: -10.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-325-9
Back to: Chemistry
Buku ini menekankan teori kaedah pemprosesan dan aplikasi bagi bahan komposit polimer. Bahan komposit merupakan salah satu bahan kejuruteraan yang penting dan juga dikenali sebagai bahan termaju. Bahan komposit ini mempunyai sifat-sifat yang baik jika dibandingkan dengan bahan konvensional yang lain seperti logam, seramik dan polimer. Buku yang mengandungi 11 makalah ini merangkumi teori bagi bahan komposit, pengelasan bahan komposit, pemprosesan bahan komposit polimer dan juga aplikasinya.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi pelajar-pelajar di peringkat pengajian sarjana muda dan peringkat diploma bagi kursus yang berkaitan dengan bidang komposit, kejuruteraan bahan, sains bahan, teknologi bahan dan kejuruteraan polimer. Buku ini dapat memudahkan mereka untuk memahami konsep penghasilan bahan komposit polimer dengan baik kerana penerangan dibantu oleh penggunaan rajah-rajah yang bersesuaian. Selain itu, aplikasi bahan komposit polimer turut dibincangkan dengan mengambil kira contoh-contoh produk yang terdapat di pasaran. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi para pembaca yang meminati penyelidikan dan pembangunan bahan komposit, kursusnya dalam bidang komposit polimer.

 
Komposit Polimer Diperkuat Pengisi dan Gentian Pendek Semula JadiMencari Lintasan Tindak Balas Organik
Top

Facebook

Twitter

YouTube