VTEM Banners
VTEM Banners

Peribahasa Melayu Pemeri Akal Budi

RM 34.00
RM 40.00
(Discount: -15.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-410-2
Back to: Literature / Literary Studies
Peribahasa ialah warisan pemikiran, renungan, nilai serta tindakan dalam kehidupan sesuatu bangsa. Peribahasa Melayu ialah balai besar epistemologi Melayu. Di sana, kita akan menemukan ilmu,pengalaman dan kebijaksanaannya menghadapi kehidupan dalam suatu julat sejarah yang panjang.Membaca peribahasa adalah membaca kehidupan sesuatu bangsa dalam semua ruang lingkupnya. 

 

Himpunan peribahasa dalam buku Peribahasa Melayu: Pemeri Akal Budi ialah sebuah kumpulan yang unik, kerana untuk pertama kalinya terkumpul juga peribahasa dari daerah-daerah selain Semenanjung, iaitu termasuk Maluku, Kalimantan Selatan, Timur dan Barat, Sumatera Utara, Barat dan Timur dan lain-lain lagi di mana penduduk berbahasa Melayu menggunakannya.

 

Susunan khusus buku ini ingin memberi peluang semantik dan seni kepada pembaca.  Oleh sebab itulah, buku ini dibahagikan kepada berbagai-bagai tema, kategori dan bahagian – daripada alam, keluarga, kasih sayang,  ekonomi, agama, pendidikan, ilmu pengetahuan, undang-undang, kesihatan, kampung halaman, kerja dan pekerjaan, perasaan, budaya dan persoalan sejagat.

 

 
Penyelesaian Konflik dalam Kesusasteraan MelayuPuitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik
Top

Facebook

Twitter

YouTube