VTEM Banners
VTEM Banners

Warga Emas Cabaran dan Keperluan Sokongan Sosial

RM 20.40
RM 24.00
(Discount: -15.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-399-0
Back to: Health Sciences / Medicals
Tanpa mereka, siapalah kita. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud. Mereka yang dimaksudkan ialah warga emas; insan yang telah banyak berjasa kepada pengukuhan institusi keluarga, kemajuan masyarakat dan pembangunan negara. Jasa dan pengorbanan mereka semakin dilupakan dan tidak dihargai. Malah mereka juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek keupayaan fizikal, masalah kesihatan dan penjagaan. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?

Buku ini merungkai tanggungjawab yang perlu dipikul oleh institusi keluarga dan pelbagai pihak dalam menjamin sokongan sosial agar kebajikan warga emas tidak terabai. Perubahan yang berlaku dalam persekitaran hidup warga emas perlu dihayati dan setiap individu harus memikul tanggungjawab untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan golongan ini. Buku ini juga amat sesuai dibaca oleh semua peringkat usia dalam memahami cabaran yang dihadapi oleh warga emas.

 

Suresh Kumar N Vellymalay merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Antropologi dan Sosiologi daripada Universiti Sains Malaysia. Bidang kepakaran beliau meliputi kerjasama keluarga, sekolah dan komuniti, hubungan etnik, etnik minoriti, kemiskinan bandar dan ketidaksamaan sosial. Beliau merupakan seorang penulis prolifik dan kolumnis untuk majalah Pendidik. Makalah beliau pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Masyarakat dan puisi beliau pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan Pengguna. Beliau aktif menulis dan beberapa judul buku beliau telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak di Sekolah, Guru Hebat Penjana Tranformasi Pendidikan Negara, Pendidikan anak di Rumah: Penglibatan Ibu Bapa dan Hubungan Etnik di Sekolah: Mempertingkatkan Kesepaduan dalam Kepelbagaian. Beliau merupakan pakar motivasi dan jurulatih bertauliah yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam mengendalikan bengkel, seminar, ceramah motivasi dan program latihan, baik bagi murid sekolah mahupun peringkat komuniti yang bertemakan pendidikan, estim diri, kecemerlangan akademik, budaya kerja positif, kepimpinan dan kemahiran komunikasi berkesan.
Traditional Medicine Current Practice & Belief
Top

Facebook

Twitter

YouTube