Hang Tuah di Lautan Ceritera

RM 28.00
RM 35.00
(Discount: -20.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-546-8
Back to: Literature / Literary Studies
Hang Tuah di Lautan Ceritera

 

Dalam sastera Melayu, tiada sebuah hikayat pun yang cuba atau berjaya melukis jiwa bangsa Melayu secara menyeluruh seperti Hikayat Hang Tuah. Jiwa ini terbelah, terseksa dan dirundung perbalahan yang tidak pernah selesai. Nilai-nilai dipertentangkan – di antara kesetiaan tanpa soalan dan perlawanan yang ingin menyatakan bantahan terhadap raja yang zalim.

 

Hang Tuah dan Hang Jebat terus hidup juga dalam hayat lisannya. Di sini, Hang Tuah hidup lebih lama, lebih dramatik dan lebih liar – dalam imaginasi pembaca Melayu. Dan sering pula cerita ini hidup dalam khayalan yang berada jauh daripada maklumat dalam hikayat asalnya. Tetapi, itulah Hang Tuah lisan, yang juga melukis kewujudan, lakonan dan imaginasi bangsa-bangsa di sekitar dunia Melayu.

 

Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh membawa kita ke beberapa lokasi termasuk Sungai Duyung, Singkep dan Sungai Nuyung di Bentan, Melaka dan Palembang dalam suatu perjalanan panjang sastera dan wira Melayu. Beliau baru sahaja selesai mentranskripsikan manuskrip Hikayat Hang Tuah yang tertua (di Leiden) dan juga telah menterjemah Hikayat ini ke dalam bahasa Inggeris. Sementara itu, beliau juga sedang menulis sebuah siri tentang watak ini.

 

__________________________________________

 

Muhammad Haji Salleh pernah berkhidmat di tiga buah universiti di Malaysia, dan juga dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda. Beliau juga menerima fellowship daripada universiti di Amerika Syarikat, Jepun dan Belanda. Kini, beliau dilantik pula menjadi Profesor Adjung di beberapa buah universiti di Malaysia. Selain berkhidmat sebagai ahli akademik, beliau turut melibatkan diri dalam penulisan (puisi dan kritikan), kajian sastera lama dan moden, terjemahan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 buah buku semuanya. Sebagai tanda pengiktirafan sumbangan akademik dan kreatif yang luas dan canggih ini, beliau dipilih sebagai Sasterawan Negara Malaysia (1991) dan Tokoh Akademik Negara (2008). Antara karya terbaharu yang dihasilkan beliau ialah Jendela Bijaksana: Di Mana Tradisi Melayu dan Islam Bertemu (2018), Dunia ialah Sebuah Aksara (2017), Kembara Mencari Sempadan (2019), Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air (2019), Peribahasa Melayu: Pemeri Akal Budi (2019) dan Akal Budi Adikarya: Sulalat al-Salatin (2019).

 

 

 
Fenomena Keinggerisan Dalam Iklan Versi TerjemahanIbarat Nyiur Gading Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20
Top

Facebook

Twitter

YouTube