Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara

RM 20.80
RM 26.00
(Discount: -20.00%)
product in stock ISBN: 978-983-861-630-0
Back to: General Reading
Buku ini yang terdiri daripada 11 bab berkisar tentang kepandaian orang Melayu/Nusantara dalam pelbagai bidang yang menyentuh hal-hal berkaitan kehidupan seharian mereka. Anataranya, bahagian pertama buku ini mengetengahkan kemahiran dalam seni bina dan susun atur dalaman yang bersesuaian dengan keperluan kehidupan dan lingkungan mereka, selain peraturan-peraturan kenegaraan yang dirakamkan bagi memperoleh nilai kehidupan yang lebih baik dan berstruktur.

Selanjutnya, keunikan budaya masyarakat Melayu/Nusantara turut ditampilkan melalui pembentukan kata dan pengujarannya dalam menamakan sesuatu, juga dalam menjaga adab sopan pergaulan yang dizahirkan dalam perjalanan upacara dan adat.

Bahagian kedua buku ini pula menyentuh tentang kepercayaan turun-temurun masyarakat Melayu/Nusantara terhadap perubatan tradisional serta pantang larang berkaitan yang masih menjadi pegangan dan diamalkan sehingga kini.
Agnes Keith & Other Colonial Women Writers In BorneoAnger Management For Adolescents
Top

Facebook

Twitter

YouTube