VTEM Banners
VTEM Banners

Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan Malaysia

RM 36.90
RM 41.00
(Discount: -10.00%)
product in stock ISBN: 978-983-861-431-3
Back to: Education
Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa amat sinonim dalam sistem pendidikan negara ini. Buku ini mengupas isu-isu tersebut dengan meninjau beberapa aspek seperti:

 

§  kedudukan pendidikan bahasa ibunda etnik minoriti yang dipinggirkan oleh pendidikan aliran perdana

 

§  punca dan implikasi pengasingan etnik dalam sistem pendidikan

 

§  keberkesanan langkah-langkah menghapuskan pengasingan etnik yang dijalankan oleh kerajaan

 

§  pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah

 

§  perubahan dasar bahasa dalam sistem pendidikan dan impaknya terhadap pembinaan negara bangsa

 

§  cabaran mengintegrasikan pelajar sekolah rendah

 

Huraian isu-isu pendidikan dalam buku ini sesuai dibaca oleh pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi, terutamanya sebagai bahan bacaan tambahan dalam kursus Hubungan Etnik.  Selain itu, ia juga sesuai dibaca oleh Pegawai pendidikan, pentadbir dan guru sekolah yang ingin memahami isu-isu pendidikan yang memperlihatkan kepentingan sosiobudaya dan politik di negara ini.

 

Tan Yao Sua memperoleh ijazah doctor falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dalam bidang Sejarah dan Perkembangan Pendidikan. Kini beliau merupakan pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM. Beliau pernah bertugas sebagai guru selama 26 tahun, iaitu dari tahun 1979 hingga tahun 2005.  Penyelidikan beliau lebih terarah dalam bidang analisis dasar pendidikan, pendidikan dwibahasa, pendidikan minoriti, sosiologi pendidikan dan hubungan etnik. Beliau telah menghasilkan dua buah buku iaitu Politik Dongjiaozong dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982) dan Pendidikan Dwibahasa Transisi Etnik Cina Semenanjung Malaysia.
Issues on Skills and Competencies in EducationKaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Top

Facebook

Twitter

YouTube