VTEM Banners

Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan

RM 32.40
RM 36.00
(Discount: -10.00%)
product in stock ISBN: 978-983-861-925-7
Back to: Local Knowledge Series
Buku berjudul Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan ini mengandungi 15 bab. Kesemua judul saling berkaitan antara sejarah dan antropologi. Tajuk-tajuknya ialah Almanak dan Pelangkah: Panduan Perantau Jawa dan Suku Duano; Sistem Barter Antarabangsa antara Wanita Orang Asli Kuala dengan Penduduk Singapura: Kajian Kes Orang Asli Kuala di Pontian Johor; Keteguhan serta Kecekalan Pendirian Orang Melayu di Australia Barat Kesan Pengaruh Kognitif dan Psikologi; Kearifan Tempatan dalam Ilmu Kecantikan Tradisional dan Transformasinya; Kedinamikan dan Daya Hidup Bahasa Orang Asli Melayu-Proto di Malaysia; Teknologi Perkapalan dan Legasi Pelayaran Melayu di Selat Melaka pada Abad ke-18 dan ke-19; Antu dalam Budaya Tradisi Masyarakat Iban.
Tajuk-tajuk lain juga ialah Budaya Kenal-Mengenali sebagai Nilai Kearifan Tempatan di Sabah; “Tangkapan Banyak Kerana Tuah”: Pengetahuan Tempatan dan Amalan Peribumi oleh Nelayan Bandar di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah; Nelayan dan Penangkapan Hasil Laut: Satu Teknik Kearifan Tempatan di Beserah, Pahang; Memartabatkan Masakan Tradisional Berasaskan Ikan Air Tawar di Alam Masyarakat Desa Lenggong, Perak; Asimilasi Budaya Kaum Melayu Terhadap Budaya Kaum Imigran di Malaysia; Asal Usul Adat Minangkabau; Tradisi Meugang dalam Masyarakat Suku Acheh di Kota Medan, Provinsi Sumatera Utara dan Rekonstruksi Epistemologi Pandangan Alam Melayu Islam.
Kesemua tulisan ini adalah hasil penyelidikan para akademik dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini. Jadi secara keseluruhannya tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun, hampir kesemuanya mempunyai hubung kait dengan kearifan tempatan. Hal ini tentunya melambangkan sumbangan ilmu masyarakat lampau di rantau ini yang telah berkembang dalam hampir kesemua bidang ilmu. Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada membaca buku ini.
Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/NusantaraAplikasi Teknologi Dalam Kearifan Tempatan
Top

Facebook

Twitter

YouTube