VTEM Banners
VTEM Banners

Teknik Biostatistik Pelajari Kaedah Tak Berparameter Secara Mudah Menggunakan SPSS dan SAS

RM 27.00
RM 30.00
(Discount: -10.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-126-2
Back to: Mathematics
TEKNIK BIOSTATISTIK  Pelajari Kaedah Tak Berparameter Secara Mudah Menggunakan SPSS dan SAS

Buku ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan penyelidik tentang pentingnya penggunaan kaedah statistik tak berparameter dalam melaksanakan kajian penyelidikan selain kaedah statistik berparameter. Prosedur pelaksanaan statistik tak berparameter menerusi penggunaan perisian SPSS dan SAS dipersembahkan secara terperinci. Kaedah statistik tak berparameter lebih mudah digunakan berbanding kaedah statistik berparameter. Kaedah ini biasa digunakan apabila penyelidik memerlukan satu keputusan yang cepat. Buku ini memberi pendedahan dan pilihan kepada penyelidik untuk memilih jenis ujian yang bersesuaian dengan data, selari dengan kehendak objektif kajian. Di samping itu, penyelidik boleh menyalin kembali algoritma SAS dan menyesuaikannya selari dengan data kajian bagi membolehkan analisis dilakukan. Bahasa pengaturcaraan SAS yang ringkas dan boleh diubah suai mengikut keperluan penyelidikan serta keputusan yang lebih terperinci menjadikan perisian tersebut lebih digemari, terutamanya oleh penyelidik. Perbincangan melalui gaya persembahan yang ringkas serta penggunaan bahasa yang mudah difahami membantu para pelajar dan penyelidik untuk memahami teknik yang dibincangkan dengan lebih baik.
Struktur Matematik Diskret bagi Sains Komputer Edisi ke-2Teori Pemodulatan Selanjar
Top

Facebook

Twitter

YouTube