VTEM Banners
VTEM Banners

Novel dan Puisi dalam Kritikan Sastera

RM 29.70
RM 33.00
(Discount: -10.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-111-8
Back to: Literature / Literary Studies


Buku ini memberikan pembaca satu hidangan minda yang dikenali sebagai kritikan sastera. Setelah lahirnya buku Novel dalam Kritikan (2004), maka muncul pula buku yang lebih ke hadapan yang menganalisis novel dan puisi daripada novelis dan penyair terkenal dari dalam dan luar negara seperti Latiff Mohidin, Usman Awang, Arena Wati, Zurinah Hassan, Pramoedya Ananta Toer dan Azizi Haji Abdullah. Sepuluh buah karya sastera telah dikritik menggunakan pelbagai teori seperti oksidentalisme, subaltern, metafiksyen, rasa-fenomenologi dan kritikan eko. Pendekatan teks dan konteks menjadi pendekatan utama dalam menilai kedua-dua genre ini. Novel-novel yang dianalisis ialah Aci Patmabi, Arus Balik, In the Name of Honour, Sangeetha, Daun dan Warna Sukma Usia Muda.  Puisi-puisi yang menjadi pilihan pula ialah Sajak-Sajak Lengkap Latiff Mohidin, Puisi-Puisi Pilihan Usman Awang, Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi dan Suara dari Tanjong. Buku ini mengemukakan satu wacana yang mencabar kebiasaan pembaca dengan sesuatu yang luar biasa sehingga dapat memberi satu pencerahan yang dinantikan tentang kritikan sastera terkini.
Novel dalam KritikanPantun Dari Tujuh Tanjung
Top

Facebook

Twitter

YouTube